Selasa, 17 Mac 2026 | Medan Niaga Rampai
Mesyuarat Agung Permulaan bagi penubuhan Koperasi Jambul Hitam Berhad telah berjaya dilaksanakan pada jam 10.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Rizs Protection Sdn. Bhd., Medan Niaga Rampai. Mesyuarat ini berlangsung secara hibrid, melibatkan kehadiran fizikal dan juga penyertaan atas talian, dengan sambutan yang amat menggalakkan daripada ahli jawatankuasa penaja serta bakal anggota koperasi.
Penubuhan koperasi ini merupakan hasil daripada aspirasi yang telah diutarakan sejak dua tahun lalu, dan akhirnya direalisasikan susulan mandat yang diperoleh semasa Mesyuarat Agung Kelab Jambul Hitam pada November 2025.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Brig Jen Dato’ Nazrul Edgar bin Abdullah (Bersara) selaku Pengerusi Jawatankuasa Penaja. Turut hadir memberikan panduan dan sokongan ialah wakil daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, iaitu Encik Hamni bin Mat Dros, bagi memastikan setiap proses mematuhi garis panduan yang ditetapkan.
Perkara Utama yang Dibincangkan dan Dipersetujui
Mesyuarat telah mencapai kata sepakat terhadap beberapa perkara penting, antaranya:
- Permohonan rasmi untuk pendaftaran koperasi
- Penerimaan Undang-Undang Kecil Koperasi
- Pemilihan seramai enam (6) orang Anggota Lembaga Koperasi (ALK)
- Kelulusan Belanjawan Tahunan Koperasi
- Penetapan elaun dan saraan kepada ALK
- Pelantikan panel juruaudit
- Penetapan skop serta had pelaburan
- Penentuan had maksimum keterhutangan koperasi
Aktiviti Koperasi yang Diluluskan
Antara aktiviti koperasi yang telah diluluskan oleh SKM termasuk:
- Perkhidmatan sebagai ejen insurans
- Penganjuran pendidikan, kursus, bengkel dan taklimat
- Perkhidmatan Ar-Rahnu
- Jual beli emas
Selain itu, mesyuarat turut bersetuju untuk meneroka aktiviti tambahan seperti perniagaan peruncitan serta peluang-peluang lain yang berkaitan pada masa hadapan.
Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 11:43 pagi dan diteruskan dengan sesi soal jawab sehingga 12:30 tengah hari.
Penghargaan
Seluruh Ahli Jawatankuasa Penaja (pra pendaftaran) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua bakal anggota yang telah meluangkan masa untuk hadir, sama ada secara fizikal mahupun atas talian, dalam menjayakan Mesyuarat Agung Permulaan ini.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga turut ditujukan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Wilayah Persekutuan atas sokongan berterusan, panduan profesional serta komitmen dalam memastikan setiap proses penubuhan koperasi ini berjalan dengan teratur dan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.
Tidak dilupakan, kehadiran Lt Jen Dato’ Muhamad Effendi bin Mustaffa (B), selaku Penasihat Kelab Jambul Hitam, yang telah memberikan inspirasi, dorongan serta semangat kepada semua pihak dalam merealisasikan penubuhan koperasi ini.
Walaupun masih terdapat beberapa proses dokumentasi yang perlu diselesaikan, pihak jawatankuasa optimis bahawa segala urusan akan dipermudahkan demi merealisasikan penubuhan koperasi ini.
🇬🇧 English Version
Inaugural General Meeting of Koperasi Jambul Hitam Berhad
Tuesday, 17 March 2026 | Medan Niaga Rampai
The Inaugural General Meeting for the establishment of Koperasi Jambul Hitam Berhad was successfully held at 10:30 AM at the Rizs Protection Sdn. Bhd. Meeting Room, Medan Niaga Rampai. The meeting was conducted in a hybrid format, combining both physical attendance and online participation, and received strong support from the pro-tem committee and prospective members.
The establishment of this cooperative marks the realization of an initiative first proposed two years ago, and formally endorsed during the Jambul Hitam Club Annual General Meeting in November 2025.
The meeting was chaired by Brigadier General Dato’ Nazrul Edgar bin Abdullah (Retired), Chairman of the Pro-tem Committee. Also present was Mr. Hamni bin Mat Dros, representative from the Malaysia Cooperative Societies Commission (SKM), Kuala Lumpur Federal Territory Branch, who provided guidance to ensure compliance with regulatory requirements.
Key Resolutions and Decisions
The meeting successfully deliberated and resolved several key matters, including:
- Application for official registration as a cooperative
- Adoption of the Cooperative By-Laws
- Election of six (6) Board Members (ALK)
- Approval of the Cooperative’s Annual Budget
- Determination of allowances and remuneration for Board Members
- Appointment of audit panel
- Approval of investment scope and limits
- Determination of maximum borrowing limits
Approved Cooperative Activities
The cooperative’s approved activities include:
- Insurance agency services
- Educational programmes, courses, workshops, and briefings
- Ar-Rahnu services
- Gold trading services
Additionally, the meeting agreed to explore further ventures such as retail business operations and other related activities in the future.
The meeting adjourned at 11:43 AM, followed by a question-and-answer session which continued until 12:30 PM.
Appreciation
The Pro-tem Committee (pre-registration) extends its highest appreciation to all prospective members who took the time to participate, both physically and virtually, in making the Inaugural General Meeting a success.
Sincere gratitude is also extended to the Malaysia Cooperative Societies Commission (SKM), Kuala Lumpur Federal Territory Branch, for their continuous support, professional guidance, and commitment in ensuring that the cooperative’s establishment process is carried out in accordance with the required regulations and standards.
Special acknowledgment is given to Lt. Gen. Dato’ Muhamad Effendi bin Mustaffa (R), Advisor of the Black Hackle Club, whose presence served as a source of inspiration, encouragement, and motivation in driving the realization of this cooperative.







