Pada 10 Februari 2026, Majlis Tahlil dan Doa Selamat sempena menyambut kedatangan Bulan Ramadan 1447H telah berjaya dianjurkan oleh Black Hackle Club (BHC) bertempat di Masjid Khalid Al Walid, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur. Majlis telah berlangsung di Dewan Salahuddin Al-Ayubi dan dihadiri oleh kira-kira 40 orang ahli BHC, merangkumi ahli beragama Islam serta bukan beragama Islam.
Dengan sokongan penuh daripada Jabatanarah KAGAT, majlis dimulakan dengan bacaan tahlil, diikuti doa selamat sebagai tanda kesyukuran dan pengharapan agar seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta para pesara sentiasa dikurniakan kesihatan, kesejahteraan, dan keselamatan. Doa turut dipanjatkan khusus buat seluruh warga Black Hackle Club agar terus dipelihara dalam kebersamaan dan perpaduan.
Kehadiran ahli BHC yang bukan beragama Islam telah menyerikan lagi majlis, sekali gus mencerminkan semangat perpaduan, muhibbah, dan saling menghormati yang tinggi dalam kalangan warga kelab. Ia menjadi simbol kekuatan ukhuwah dan keharmonian yang terus dipupuk dalam komuniti BHC .
Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Agama Black Hackle Club, YBhg. Dato’ Nazrul Edgar dan Lt. Kol. Kadir, mengambil kesempatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua ahli yang sudi meluangkan masa untuk hadir serta memberikan sokongan penuh terhadap penganjuran majlis ini. Mereka turut menzahirkan rasa terharu atas sambutan yang amat menggalakkan.
Dalam ucapannya, Penasihat BHC, YBhg. Datuk Muhamad Effendi, menyatakan rasa syukur kerana majlis seumpama ini dapat dianjurkan sebagai aktiviti pembuka tirai tahun 2026, sekali gus mengukuhkan hubungan silaturahim serta nilai kerohanian dalam kalangan ahli.
Semoga kebersamaan ini terus berkekalan, dan sehingga kita berjumpa lagi dalam aktiviti Black Hackle Club yang akan datang.
BHC 2026 Tahlil & Prayer Ceremony in Welcoming the Month of Ramadan
On 10 February 2026, the Black Hackle Club (BHC) successfully organised a Tahlil and Prayer Ceremony in conjunction with the upcoming month of Ramadan 1447H. The event was held at Masjid Khalid Al Walid, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur, and took place at the Salahuddin Al-Ayubi Hall. Approximately 40 BHC members attended the ceremony, including both Muslim and non-Muslim members.
With the support of Jabatanarah KAGAT, the programme began with the recitation of Tahlil, followed by a prayer seeking blessings, good health, and safety for all members of the Malaysian Armed Forces (MAF), retirees, and especially the wider Black Hackle Club community.
The presence of non-Muslim BHC members added warmth and vibrancy to the event, reflecting the club’s strong values of unity, harmony, and mutual respect. Their participation symbolised the spirit of togetherness and inclusivity that defines BHC as a close-knit community.
The Chairman and Religious Affairs Committee Members of Black Hackle Club, YBhg. Dato’ Nazrul Edgar and Lt. Col. Kadir, expressed their heartfelt appreciation and sincere gratitude to all members who took the time to attend and support the event. They also conveyed their deep appreciation for the encouraging turnout.
In his address, BHC Advisor, YBhg. Datuk Muhamad Effendi, expressed gratitude that such a meaningful event could be organised as the first official activity of 2026, strengthening spiritual values and fostering closer bonds among members.
May this spirit of togetherness continue, and we look forward to meeting again at future Black Hackle Club activities.



















