29 Ogos 2025. Satu perbincangan secara online khusus untuk membincangkan rangka kerja terhadap cadangan pindaan perlembagaan Kelab Jambul Hitam yang akan dibentangkan semasa Mesyuarat Agung Tahunan yang akan datang. Perbincangan secara dalam talian telah diadakan melalui Google Meet, bermula jam 9.30 malam yang telah dihadiri oleh Biro Undang-undnag/Perlembagaan, Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha.
Secara umumnya, perbincangan adalah berkisar terhadap usaha Menterjemah perlembagaan dari Bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia, Pindaan tentang polisi kebajikan yang sedia ada dan Polisi Insuran untuk khairat kematian kepada ahli. Antara cadangan baru ialah dicadangkan tahun kewangan pertubuhan yang sedia ada (1 Oktober – 30 September) dipinda kepada 1 Januari – 31 Januari, demi penyelarasan dan menyamakannya dengan tahun sebenar. Selain itu, cadangan pelarasan bayaran yuran tahunan, dikuatkuasakan pembayarna pada setiap bulan Januari setiap tahun yang mana tempoh sah akan tamat pada 31 Disember pada tahun yang berkenaan.
Selain daripada itu, dipersetujui bahawa pendaftaran insuran khairat kematian akan dilaksanakan secara online, dimana ahli aktif yang telah membayar yuran tahun semasa boleh melaksanakannya.
Perbincangan seperti ini akan dilaksanakan dari masa ke semasa untuk mengenalpasti perkembangan dan kemajuannya. Terima kasih kepada ahli jawatankuasa yang memperuntukan masa berharga mereka untuk perbincangan positif seperti ini.