Mesyuarat Ahli Jawatankuasa 2/2025

Setapak, Kuala Lumpur. Isnin, 11 Ogos 2025. Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Black Hackle Club yang ke 2 pada tahun 2025 telah dilaksanakan di Bilik Mesyuarat Rizs Protection Sdn Bhd, Taman Sri Rampai. Mesyuarat telah dihadiri oleh majoriti ahli jawatankuasa, manakala beberapa orang tidak dapat hadir secara fizikal kerana masalah tertentu namun dapat hadir secara online.

Mesyuarat dimulakan dengan kata-kata aluan Brig Jen (B) Dato’ Nazrul Edgar yang mempengerusikan mesyuarat, disusuli dengan kata aluan dari Penasihat BHC, Lt Jen (B) Datuk Muhamad Effendi. Mesyuarat dimulakan pada jam 10.15 pagi dan berakhir pada jam 1.25 petang.

Antara perkara-perkara yang dibentang dan dibincangkan ialah menyemak dan mengesahkan minit mesyuarat AJK yang lalu, perkara-perkara berbangkit, pembentangan aktiviti yang telah dilaksanakan.

Usul-usul baru juga dikemukakan terhadap cadangan pindaan perlembagaan khususnya didalam aspek aktiviti / sumbangan kebajikan kepada ahli, penganjuran mesyuarat agung 2025, sistem keahlian online dan banyak lagi perkara lain yang bersangkutan.

Ahli Jawatankuasa BHC mengambil kesempatan untuk menyampaikan ucapan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Rizs Protection Sdn Bhd melalui Kapt (B) Hissharizal yang telah menaja sarapan pagi dan makan tengahari di Restoran Vanggey dan menyediakan tempat untuk mengadakan mesyuarat AJK pada kali ini.

Adalah diharapkan segala perancangan dan keputusan yang diambil dari mesyuarat ini akan dapat dilaksanakan dengan sokongan, bantuan dan kerjasama semua AJK dan ahli Black Hackle Club.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *