
SESI KONSULTASI PENUBUHAN KOPERASI KELAB JAMBUL HITAM BERHAD
Satu sesi konsultasi berkaitan penubuhan Koperasi Jambul Hitam Berhad telah berjaya dilaksanakan dalam usaha memperkukuh perancangan, pematuhan perundangan serta hala tuju koperasi yang mampan dan berdaya saing.
Sesi perbincangan ini telah diadakan bersama Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Wilayah Persekutuan serta Puan Rohana, yang memberikan panduan, nasihat teknikal dan penerangan berkaitan keperluan serta proses penubuhan koperasi selaras dengan Akta Koperasi dan garis panduan SKM.
Turut hadir dalam sesi perbincangan tersebut ialah:
Dato’ Nazrul – Pengerusi
Dato’ Sarman – Timbalan Pengerusi
Kapten Safuan – Setiausaha BHC
Perbincangan yang berlangsung secara konstruktif ini merupakan satu langkah awal yang signifikan ke arah penubuhan Koperasi Jambul Hitam Berhad secara terancang, telus dan berimpak tinggi, khususnya dalam memperkasakan kepentingan ahli serta pembangunan ekonomi secara kolektif.
Pihak pengurusan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia Wilayah Persekutuan atas komitmen, sokongan dan kerjasama yang diberikan. Diharapkan inisiatif ini dapat direalisasikan dengan lancar serta memberi manfaat jangka panjang kepada semua pihak berkepentingan.






