Sumber: Facebook Rejimen Renjer Diraja
PERLIS: Rejimen Renjer Diraja (RRD) telah melaksanakan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat (JKP) Rejimen Renjer Diraja Ke-57 pada 25 April 2025 di Rumah BAKAT Rej 504 (AW) , Kem Bukit Keteri, Kangar Perlis.
Mesyuarat kali pertama pada tahun 2025 ini dihadiri oleh Pegawai-Pegawai Memerintah pasukan RRD sebagai Ahli Tetap dan juga Ahli-Ahli Turut Hadir. Mesyuarat ini yang dipengerusikan oleh Brig Jen Shamshor bin Hj Jaafar selaku Pengerusi RRD ke-18. Mesyuarat telah membincangkan hal-hal berkaitan rejimental serta perkembangan semasa Rejimen Renjer Diraja.
Semasa mesyuarat, Pengerusi RRD juga mengingatkan semua ahli mesyuarat untuk memberikan komitmen serta keutamaan yang tinggi dalam menjaga baik nama baik Rejimen Renjer Diraja. Selain dari itu juga, Pengerusi RRD mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasukan-pasukan diatas komitmen dan kesungguhan dalam menjalani latihan kawad sempena Istiadat Perbarisan Mengarak Panji-Panji Rejimen Pasukan-Pasukan Rejimen Renjer Diraja sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan DYMM Tuanku Raja Perlis yang akan berlangsung pada 26 Apr 25.
Turut hadir Mej Jen Dato’ Abu Hasan Assha’ari bin Kamis@Shaffie, Brig Jen Hashim bin Osman – Ketua Pengarah Oplat, Brig Jen Ahmad Suhaimi Navinder bin Abdullah, Brig Jen Rosli bin Bahrun, Brig Jen Kamaralzaman bin Hj Abd Aziz (Bersara) – Wakil Persara RRD dan Timbalan Pengarah Infantri, Kol Meor Anas bin Meor Ahmad selaku Setiausaha RRD.