Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Black Hackle Club kali ke 3 telah dilaksanakan pada 23 Oktober 2025 secara online bermula jam 2110 dan berakhir pada 2250. Mesyuarat khusus membincangkan perkara-perkara yang bersangkutan dengan Mesyuarat Agung akan datang yang akan diadakan pada 22 Nov 2025 bertempat di FINAS.
Perkara-perkara yang dibincangkan ialah
- Aturcara / program AGM.
- Pembubaran AJK sedia ada dan perlantian AJK yang baru.
- Pembentangan pindaan perlembagaan bersesuaian dengan keperluan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan
- Persiapan tempat, buku program, makan minum dan lain-lain.
Ucapan ribuan terima kasih kepada AJK yang hadir dan meluangkan masa berharga untuk sama-sama berbincang dan membuat koordinasi yang sewajarnya.






