Majlis Tahun Baru Cina BHC

Kem Wardieburn, Kuala Lumpur. 18 Febuari 2025. Akhirnya, majlis sulung Black Hackle Club di tahun 2025, Sambutan Tahun Baru Cina Black Hackle Club telah selesai dianjurkan. Majlis ini begitu meriah yang dihadiri oleh pesara-pesara pegawai Kor Renjer Diraja di wisma perwira 1 Renjer bertempat di Kem wardieburn, Kuala Lumpur.

Suasana riuh rendah gelak ketawa memeriahkan acara apabila acara tanpa henti bersembang dan bercerita tentang kisah-kisah lama. Majlis ini juga memberi peluang kepada bekas-bekas pegawai pelbagai latar belakang dan pangkat untuk mengenali dengan lebih rapat antara satu sama lain walaupun telah bersara atau telah lama meninggalkan perkhidmatan. Malah ramai yang tidak pernah bertemu atau sama-sama bertugas semasa dalam perkhidmatan, tapi akhirnya dapat berkenalan setelah sama-sama meninggalkan perkhidmatan.

Seluruh keluarga besar Black Hackle Club juga mengucapkan selamat datang kepada ahli baru iaitu

1. Kapt Rosli bin Hussein (B) 410599, ditauliahkan ke 1 RRD kini berusia 76 tahun yang menetap di Sungai Buluh, Selangor.

2. Mej Peter Yeow Chow Cheong (B) 200936, ditauliahkan ke 3 RRD, kini berusia 78 tahun dan menetap di Kuala Lumpur. Beliau menceritakan sempat berkhidmat dalam Tentera Darat selama 4 tahun sebelum menukar perkhidmatan ke Tentera Udara dan meneruskan perkhidmatan sebagai juruterbang helikopter.

3. Kapt Tong Lye Heng (B) 200926, ditauliahkan ke 1 RRD, kini berusia 77 tahun dan menetap di Sungai Buluh, Selangor.

Keluarga besar Black Hackle Club juga mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Brig Jen Muhammad Fauzi Abu Bakar, Panglima 12 Briged yang turut hadir, disusuli oleh Mej Jen Dato’ Khairul Azmizal bin Ahmad Natal, Panglima 4 Div. Kehadiran ini lebih memeriahkan majlis dan sebagai tanda sokongan kepada aktiviti Black Hackle Club.

Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Mej Jen Dato’ Muhammad Anwar bin Abdullah (B) dan seterusnya penyampaian hadiah cabutan bertuah.

BHC juga ingin menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pasukan 1 RRD yang membantu membuat persiapan majlis di Wisma Perwira 1 RRD, live band pasukan, semua staf yang terlibat termasuk pelayan-pelayan dan tukang masak. Terima kasih juga kepada anggota dari Berita Tentera Darat Malaysia (BTDM) yang membuat liputan bergambar.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengerusi Black Hackle Club, Brig Jen Dato’ Nazrul Edgar yang bertungkus lumus membuat jemputan, koordinasi persiapan acara dan pelbagai persiapan lain yang berkaitan.

Sehingga kita berjumpa lagi di majlis dan acara yang lain dimasa yang akan datang. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *