Majlis Salam Aidilfitri & Tahun Baru Cina 2026

HEBAHAN RASMI MAJLIS SALAM AIDILFITRI & KONGSI RAYA KELAB JAMBUL HITAM

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Kelab Jambul Hitam akan menganjurkan Majlis Salam Aidilfitri & Kongsi Raya sebagai platform untuk mengeratkan silaturahim serta meraikan kepelbagaian budaya dalam suasana penuh kemesraan dan keharmonian.

Butiran majlis adalah seperti berikut:

  • Tarikh: Sabtu, 25 April 2026
  • Masa: 11.00 pagi hingga 3.00 petang
  • Tempat: Dewan Sirah Heritage (Pak Tam Catering)
    No. 3, 5 & 7, Jalan 2/10, Dataran Templer, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor
  • Festive / Traditional Attire 👉 Pakaian Perayaan / Pakaian Tradisional
  • Kehadiran: Veteran bersama isteri
  • GPS Location. Click Here

Majlis ini bertujuan untuk menyemai semangat perpaduan, memperkukuh persahabatan serta meraikan tradisi dalam suasana penuh kegembiraan, di samping menikmati juadah istimewa yang disediakan.

Sehubungan itu, semua ahli dijemput hadir bagi memeriahkan majlis ini.

Sekian, terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *