Mesyuarat Agung Tahunan Black Hackle Club Tahun 2025

AGM 2025

KUALA LUMPUR, 22 November 2025 – Black Hackle Club (BHC) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan 2025 di Auditorium FINAS, Jalan Ulu Kelang, bermula pada pukul 9.00 pagi dan dihadiri oleh 59 orang ahli berdaftar.

Agenda utama mesyuarat memberi penekanan kepada kebajikan dan perlindungan ahli. Perbincangan tertumpu kepada penambahbaikan skim insurans serta dana khairat kematian bagi memastikan ahli dan isi rumah mereka menerima perlindungan sewajarnya apabila berdepan situasi tidak dijangka.

Sebagai langkah strategik ke hadapan, mesyuarat mencadangkan penubuhan Koperasi BHC. Inisiatif ini bertujuan memperkukuh kedudukan ekonomi kelab dan membuka peluang penjanaan pendapatan yang mampan demi manfaat jangka panjang semua ahli.

Ahli turut mengemukakan pelbagai perancangan dan idea untuk mengukuhkan kewangan BHC dengan memanfaatkan ilmu pengetahuan dan pengalaman ahli. Cadangan termasuk penganjuran seminar kepimpinan, kursus survival dan kemahiran hidup di hutan serta program ikhtiar hidup, bagi memastikan ilmu ketenteraan dan pengalaman praktikal ahli tidak terkubur ditelan zaman sekaligus menjadi sumber pendapatan bagi kelab.

Perancangan aktiviti bagi tahun 2026 turut dibentangkan, dengan pelbagai program dirancang untuk mengeratkan ukhuwah sesama ahli serta meningkatkan penglibatan kelab dalam aktiviti komuniti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *